Allah Pinjamkan sementara sahaja
Assalamualaikum...
Dah lama x update blog ni.. kekangan masa...
Hari ni dikejutkan dengan berita anak akauntan di tempat ibu berkerja telah kembali ke rahmatullah.. innalillahiwainnalillahirojiun.. Daripada Dia kita datang, kepada Dia jua kita kembali...
Masa terima berita ni terkejut sangat .. Ibu cuba kawal perasaan... buka FB, tgk status k.wan yang menyesakkan dada.. sedihhhh..
'Baby Fatimah Izz Zara berusia 5 bulan, belum puas mama n papa dan abg mencurahkan kasih sayang, kamu telah pergi menghadap sang Pencipta... Mama kamu belum ckup kuat menerima takdir kehilangan kamu, namun apakan daya.. Allah lebih menyayangi kamu sayang.. Semoga mama dan papa serta abg kamu tabah dan sabar dgn pemergianmu.. Nanti kan mereka di pintu syurga..'
sedikit sebanyak yg ibu tahu ttg cerita baby fatimah ni.. ni dari cerita kwan di opis dan dari status FB mama Fatimah..
Pada 1 November 2013 Fatimah dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas, masa ni muke biru sangat...fatimah warded, doc nk stabilkan jantung fatimah sbb jantung lemah sgt.. sehingga 5 Nov 2013, masih lg warded, Doc nk buat a few test... 8 Nov, fatimah dah mule ceria tapi belum pulih dalam proses recover..
16 nov, fatimah masih dlm proses recover, mama update status
"Saya redha dengan apa yg terjadi...redha dengan ketentuannya..setiap orng pasti diuji...ujian ini yg akan mendekat kan kita dgn yang maha kuasa..saya bersyukur sentiasa ada jalan kebahagiaan...yer sedih dgn mereka yg tidak memahami...dan pengkritik...biarlah...semua ada kisah tersendiri sky is not always blue there will be rain n of course it could be storm..bear in mind....greatfull what we have..the only thing yg penat ialah menjawab soalan yg sama pada semua orng..why..n why..n yess some was hurt with my quietness..plz no harm it just no right asking a question which i cant explain n of course you guys are not in my shoes it is easy to comment so plz is better pray for the best...n give me some space..n of course give morale support n kindness words....this post is compose with a sincere heart. Not relate to anyone..it is more to my personal opinion"
18 nov.. Allah lebih sayangkan Fatimah, 8 mlm lbh kurang lps maghrib, Fatimah kembali kepada sang Khaliq. Alfatihah..
Antara status mama Fatimah..
Mama halal kan air susu mama syg..maafkan lah mama kealpaan mama ...semoga sayang tunggu mama n papa disana..
- Ya allah kuat kan lah hati mama..mama bgn..nk bg susu...adik tkder...cepat adik tinggalkan mama..rasa baru semlm mama melahirkan adik..
- Mama buang semua susu untuk adik...abg ckp adik tido...cepat kejutkan mcmana mama nk ckp adik tiada...ya allah ko kuat kan hati kami...
- Mama buang semua susu untuk adik...abg ckp adik tido...cepat kejutkan mcmana mama nk ckp adik tiada...ya allah ko kuat kan hati kami...
- Adik mama tinggalkan adik diraudhatul sakinah..tenang lah adik di sini..kalau lah mama blh pusing kan waktu..hendaknya..mama..pegang adik 24 jam...mama tk tahu camner nk mengambarkan perasaan..terima kasih adik menjadi..penyeri hidup mama n papa...adiklah harta mama yg paling berharga...terima kasih allah pinjamkan adik pada kami..maaf mama tk dpt kwl perasaan..mama redha pemergiaan dan halalkan susu...mama...fathimah izz zara puteri syurga kami
Sedihnye ibu baca status tu sume.. Ya Allah, Kau tabahkanlah hati mereka yang kehilangan si kecil ini..Kau berikan kekuatan kepada mama Fatimah untuk menerima takdir Mu ini..
Ibu dimaklumkan rakan2, papa Fatimah mohon semua org bagi ruang kpd mama Fatimah utk bertenang..
Bile dengar je berita ttg kematian baby dan ttg ank2 yang didera.. Rasa sayu sangat hati, terus terkenangkan Raudhah Arissa dan Rifqi.. Buah hati ibu.. Ya Allah, Kau lindungilah ank2Ku dan Kau berikan la kesihatan kepada mereka supaya aku dapat menjaga dan mendidik mereka sehingga nafas terakhirku...
Huhuhuh.. Lepas ni kene lebih sabar melayan kerenah budak berdua ni.. seboleh mungkin cuba habiskan masa dgn diorg dan seboleh mungkin tidak marah2 bile diorg buat perangai.. Bile diorg perangai mesti bersebab.. Sbb diorng nak perhatian.. Maaf kan Ibu, anak2 ibu.. kadang2 ibu penat sangat menguruskan kehidupan seharian, bile balik rumah kalian pulak buat perangai.. walaupun ibu tahu kalian hanya nk perhatian, tp ibu ttp marah2 sbb ibu penat... HUHUHUH... semoga Allah masih beri ibu kesempatan utk jaga kalian sebaik mungkin.. semoga kalian menjadi Anak yang Soleh dan Solehah..AMIN...
-Ibu Fify-
Comments
Post a Comment