TIPS# Perfume Tahan Lebih Lama

Assalamualaikum.. Hari ni nak share cara pakai minyak wangi cara betul supaya bau kekal lama di badan.. Jom baca.. Tips Supaya Perfume Anda Tahan Lebih Lama Baunya 1. Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian Terdapat beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama sekali, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika anda menggunakan minyak wangi anda secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan anda. Oleh sebab itu, bauan wangi anda kekal lebih lama berbanding sebelumnya. 2. Semburkan minyak wangi anda, bukannya menggosok pada kulit anda Ianya sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi anda kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian anda, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi anda, kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan anda dan membantu untuk bauan wangian lebih t...