Posts

2 Tahun Sudah

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ALHAMDULILLAH Diberi kesempatan update di blog ni..  Lama dah tak menulis,  rindu nye nak story mory kat sini. Apa yer yg 2 tahun sudah.. Ye itulah dia nye..  Anak no. 3 sudah 2 tahun hari ni, 14 April 2015 2.10pm lahirnya ke dunia ini. Telah di takdirkan Allah, lahir sama hari lahir abahnye.  Diusia 33thn abahnye dpt hadiah paling bernilai.  Dijangka 10/4, namun delay sehingga 4hari. Anak yang x disangka wujud dalam rahim ibu, baca post sini bagaimana ibu detect dia ada dgn ibu. Hari ni nk bagi supprise kat diorg. Nak pi beli barang wat kek sat.   Kek apa? Tunggu naa.  Cheq update sat ni cara buat skali.

Kelebihan Mandi Ais (Ice Bucket)

Lazimnya kita mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya. Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan. Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda. Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih. Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan ...

TIPS# Perfume Tahan Lebih Lama

Image
Assalamualaikum..  Hari ni nak share cara pakai minyak wangi cara betul supaya bau kekal lama di badan.. Jom baca.. Tips Supaya Perfume Anda Tahan Lebih Lama Baunya 1. Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian Terdapat beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama sekali, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika anda menggunakan minyak wangi anda secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan anda. Oleh sebab itu, bauan wangi anda kekal lebih lama berbanding sebelumnya. 2. Semburkan minyak wangi anda, bukannya menggosok pada kulit anda Ianya sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi anda kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian anda, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi anda, kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan anda dan membantu untuk bauan wangian lebih t...

Penyakit Autisme

Assalamualaikum... Nak story skit tentang penyakit Autisme.. Punca duk cari info pasal autisme sbb bincang2 pasal anak2 kami... so ini sedikit info yg diambil dr sini.. PENYAKIT AUTISME Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi. Penyebab utama autism ialah : Komunikasi Tindak balas sosial Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui...

Rasa Tak Percaya Jerrr!!!

Image
Assalamualaikum... Bismillahhirrahmannirrahim.... Hari ni mmg kene MC.. Bukan saje penat sbb kenduri tunang cik ETy semalam, tp sebab gastrik yang melampau2.. asiklah kluar angin kot ats n kot bawah... pastu pedih perut jgn ckp lah... Paling x best.. baru je 2jam makan dah rasa nk mcm perut ni kosong perlu diisi, dengan muntah2 lagi... hati dh rasa lain.. 'sakit pe aku ni' MasyaAllah xpenah jadi gastrik mcam nih.. Datang lah klinik pusrawi tu dlm kul 2.30.. jumpe doc azilah.. Ok, cek perut bagai mmg angin sgt byk dlm perut.. doc gtau mybe kene batu hempedu.. Eh doc .. sy dh buang pundi hempedu.. ni parut nye.. "Kalau cmtu mybe bekas operate ni ade yg tersumbat.. sy bkn nk takutkn kamu, sy kata mungkin.. kita rujuk dr.razipah yeh?" kata doc.. "Oooo mcm tu ye doc, sy ok jer.. doc buatlah cmne pun.. esk sy jumpe dr.razipah" aku balas.. " doc, boleh jadi x sy pregnant?? Mcm ni last period sy dtg skit2 je darahnye.. tp 4 hari jer... sblum 4 hari tu...

Arthritis Menyebabkan Uveitis??

Akhir2 ini mata saya kerap sakit, merah, kabur,  berair dan bertahi.. Saya berasa x selesa.. bila tanya doc yg merawat sakit AS sy.. dia trus menyuruh sy buat check up dgn pakar mata.. kata nya AS boleh menyebabkan masalah mata. Sedikit info sy kongsikan ttg sakit mata yg disebabkan oleh Arthritis. Uveitis Uveitis adalah sekumpulan penyakit radang okular yang melibatkan lapisan dalam mata seperti iris, badan siliari dan koroid. Sebahagian kes uveitis tidak diketahui sebabnya manakala sebahagian lagi adalah disebabkan penyakit sistemik seperti Rheumatoid arthritis (radang sendi), jangkitan kuman dan juga barah. Uveitis boleh melibatkan satu atau kedua belah mata. Ia tidak berjangkit. mata atau kedua-dua mata. Mata merah pada uveitis selalunya merupakan tompokan merah yang mengelilingi kornea. Tanda-tanda dan gejala uveitis: ● Sakit mata ● Sensitif pada cahaya (fotofobia) ● Kabur ● Mata merah (selalunya kemerahan sekeliling kornea) ●Kadang kala ...

Cara Cairkan Susu Ibu Yang Sejuk dan Beku

Assalamualaikum.. Sejak akhir-akhir ni rasa bersemangat tentang penyusuan.. Jom baca.. Saya kongsikan cara terbaik cairkan susu ibu yang sejuk atau beku.. Cara cairkan susu EBM beku Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk; 1) Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika. 2) Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika. 3) Jika anda dapati susu di dalam boto l terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya. 4) Rasai suhunya sekali...