Arthritis Menyebabkan Uveitis??

Akhir2 ini mata saya kerap sakit, merah, kabur,  berair dan bertahi.. Saya berasa x selesa.. bila tanya doc yg merawat sakit AS sy.. dia trus menyuruh sy buat check up dgn pakar mata.. kata nya AS boleh menyebabkan masalah mata.

Sedikit info sy kongsikan ttg sakit mata yg disebabkan oleh Arthritis.

Uveitis

Uveitis adalah sekumpulan penyakit radang okular yang melibatkan lapisan dalam mata seperti iris, badan siliari dan koroid. Sebahagian kes uveitis tidak diketahui sebabnya manakala sebahagian lagi adalah disebabkan penyakit sistemik seperti Rheumatoid arthritis (radang sendi), jangkitan kuman dan juga barah. Uveitis boleh melibatkan satu atau kedua belah mata. Ia tidak berjangkit. mata atau kedua-dua mata. Mata merah pada uveitis selalunya merupakan tompokan merah yang mengelilingi kornea.

Tanda-tanda dan gejala uveitis:
● Sakit mata
● Sensitif pada cahaya (fotofobia)
● Kabur
● Mata merah (selalunya kemerahan sekeliling kornea)
●Kadang kala megalami floaters (kelihatan bayangan terapung di hadapan mata yang sakit)

Pakar mata boleh mendiagnos uveitis dengan melakukan pemeriksaan teliti menggunakan peralatan khas seperti lampu celah (slit lamp).

Uveitis memerlukan rawatan yang betul dan rawatan ulangan. Dalam kes Uveitis yang berulang dan melibatkan kedua belah mata, kemungkinan berkaitan dengan penyakit sistemik. Oleh itu penyiasatan (ujian darah dan x-ray) perlu dilakukan bagi mencari punca penyakit agar rawatan yang tepat dapat diberikan. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan komplikasi seperti katarak dan glaukoma.

Sumbet : http://www.myhealth.gov.my/index.php/sakit-mata-beserta-kemerahan

Check up on 16 Mei.. moga2 xde yg serius..

Comments

Popular posts from this blog

Peristiwa 26 Disember Ribut Greg dan Tsunami

Kelebihan Mandi Ais (Ice Bucket)

Cukupkah Rezeki Allah tu?