Posts

Showing posts from 2014

Kelebihan Mandi Ais (Ice Bucket)

Lazimnya kita mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya. Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan. Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda. Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih. Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan ...

TIPS# Perfume Tahan Lebih Lama

Image
Assalamualaikum..  Hari ni nak share cara pakai minyak wangi cara betul supaya bau kekal lama di badan.. Jom baca.. Tips Supaya Perfume Anda Tahan Lebih Lama Baunya 1. Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian Terdapat beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama sekali, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika anda menggunakan minyak wangi anda secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan anda. Oleh sebab itu, bauan wangi anda kekal lebih lama berbanding sebelumnya. 2. Semburkan minyak wangi anda, bukannya menggosok pada kulit anda Ianya sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi anda kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian anda, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi anda, kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan anda dan membantu untuk bauan wangian lebih t...

Penyakit Autisme

Assalamualaikum... Nak story skit tentang penyakit Autisme.. Punca duk cari info pasal autisme sbb bincang2 pasal anak2 kami... so ini sedikit info yg diambil dr sini.. PENYAKIT AUTISME Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi. Penyebab utama autism ialah : Komunikasi Tindak balas sosial Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui...

Rasa Tak Percaya Jerrr!!!

Image
Assalamualaikum... Bismillahhirrahmannirrahim.... Hari ni mmg kene MC.. Bukan saje penat sbb kenduri tunang cik ETy semalam, tp sebab gastrik yang melampau2.. asiklah kluar angin kot ats n kot bawah... pastu pedih perut jgn ckp lah... Paling x best.. baru je 2jam makan dah rasa nk mcm perut ni kosong perlu diisi, dengan muntah2 lagi... hati dh rasa lain.. 'sakit pe aku ni' MasyaAllah xpenah jadi gastrik mcam nih.. Datang lah klinik pusrawi tu dlm kul 2.30.. jumpe doc azilah.. Ok, cek perut bagai mmg angin sgt byk dlm perut.. doc gtau mybe kene batu hempedu.. Eh doc .. sy dh buang pundi hempedu.. ni parut nye.. "Kalau cmtu mybe bekas operate ni ade yg tersumbat.. sy bkn nk takutkn kamu, sy kata mungkin.. kita rujuk dr.razipah yeh?" kata doc.. "Oooo mcm tu ye doc, sy ok jer.. doc buatlah cmne pun.. esk sy jumpe dr.razipah" aku balas.. " doc, boleh jadi x sy pregnant?? Mcm ni last period sy dtg skit2 je darahnye.. tp 4 hari jer... sblum 4 hari tu...

Arthritis Menyebabkan Uveitis??

Akhir2 ini mata saya kerap sakit, merah, kabur,  berair dan bertahi.. Saya berasa x selesa.. bila tanya doc yg merawat sakit AS sy.. dia trus menyuruh sy buat check up dgn pakar mata.. kata nya AS boleh menyebabkan masalah mata. Sedikit info sy kongsikan ttg sakit mata yg disebabkan oleh Arthritis. Uveitis Uveitis adalah sekumpulan penyakit radang okular yang melibatkan lapisan dalam mata seperti iris, badan siliari dan koroid. Sebahagian kes uveitis tidak diketahui sebabnya manakala sebahagian lagi adalah disebabkan penyakit sistemik seperti Rheumatoid arthritis (radang sendi), jangkitan kuman dan juga barah. Uveitis boleh melibatkan satu atau kedua belah mata. Ia tidak berjangkit. mata atau kedua-dua mata. Mata merah pada uveitis selalunya merupakan tompokan merah yang mengelilingi kornea. Tanda-tanda dan gejala uveitis: ● Sakit mata ● Sensitif pada cahaya (fotofobia) ● Kabur ● Mata merah (selalunya kemerahan sekeliling kornea) ●Kadang kala ...

Cara Cairkan Susu Ibu Yang Sejuk dan Beku

Assalamualaikum.. Sejak akhir-akhir ni rasa bersemangat tentang penyusuan.. Jom baca.. Saya kongsikan cara terbaik cairkan susu ibu yang sejuk atau beku.. Cara cairkan susu EBM beku Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk; 1) Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika. 2) Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika. 3) Jika anda dapati susu di dalam boto l terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya. 4) Rasai suhunya sekali...

Ujian Itu Pasti, Allah Lebih Mengetahuinya.

Satu petang, Zulkifli terjumpa Ustaz Rani di taman riadah sebelah pokok yang tingginya 5 kaki, akarnya mendalam 2 kaki dan bertanya, “Ustaz, ana rasa putus asa. Boleh tak ustaz bagi satu alasan untuk ana untuk tidak berputus asa?” Ustaz Rani melihat Zulkifli yang kesian lalu berkata… “Wahai sahabatku. Usah bersedih. Nampak tak pakis itu dengan buluh di tepinya?” “Nampak,” jawab Zulkifli. “Pakis dan buluh itu bermula daripada benih. Di taman ini, tiada siapa yang menjaganya, tapi Allah. Allah memberikan mereka cahaya. Allah juga memberikan mereka air. Pakis tumbuh dengan cepat dari tanah. Daunnya menghijau meliputi tanah di sekelilingnya. Tapi buluh tidak tumbuh-tumbuh. Lama-lama, pakis semakin bertambah banyak dan menghijau. Namun buluh masih tidak tumbuh tumbuh. Apakah Allah telah berputus asa dengan buluh? Tidak. Pada tahun kedua, buluh tumbuh daripada tanah. Enam bulan daripada itu, buluh itu tumbuh 100 kali meninggalkan pakis di ...

KENTANG, TELUR DAN KOPI

Tersebut kisah seorang perempuan muda yang tak putus-putus didatangi masalah. Selesai satu masalah, muncul lagi masalah yang lain pula. Gadis itu hampir berputus asa, lalu dia menceritakan kesusahan dan kegelisahannya kepada ayahnya. Ayahnya seorang yang bijak lalu pergi ke dapur dengan membawa 3 benda di tangannya.. Lalu si ayah pun mendidihkan air , seterusnya si ayah terus memasukkan kentang, telur dan serbuk kopi di dalam bekas masing-masing. Sambil menunggu, si ayah tidak berkata walau sepatah pun sementara si anak menunggu dengan gelisah.Sekitar 15 minit kemudian, si ayah mengeluarkan kentang dan telur dan diletakkan di sekeping piring. Lalu ia pun berkata:"Anakku, apa yang kamu lihat?”“Kentang, telur dan kopi,” jawab si anak. “Cuba kamu amati dan pegang kentang ini,” kata si ayah.Si Anak melakukannya dan mengatakan kentang itu sudah empuk. Lalu ia menyuruh si anak mengambil telur dan memecahkannya. Terakhir ia menyuruh si anak meminum kopi deng...

Sekali lagi......

Syukur Alhamdulillah.. Allah masih beri kesempatan untuk bernafas dibumi Nya ini... Hari ni nekad jumpe doktor pakar sbb sakit belakang semakin kuat.. stat dari bahagian pinggul hingga ke atas tulang belakang.. jumpe doktor di Klinik Pusrawi, trus dpt surat g jumpe Pakar Orthopedik... So jumpelah doc pakar... Dr Ozlan... Doc tnya ape masalah dan ceritakan simptom2 yg awk hadapi... 1. Sakit di area pinggul spt kene cucuk... Sakit tu rasa belah dalam... Bile ditekan x berasa sgt.. Tp bile bergerak mmg sakit 2. Setiap bangun pagi mesti sakit sgt2 area pinggang tu.. 3. Kalau duduk yang terlalu lama.. Mesti terasa spt dicucuk2.. 4. Bile berjalan or berdiri lama2 akan sakit juga 5. Sometime tulang belakang rs seperti kejang.. Susah nk bergerak... Itu antara simptom yg Fy hadapi.. Doc suh baring n dia silang kaki kanan naik ke kaki  kiri n tolak kaki kiri naik ke ats.. Fy x sakit.. Then doc ubah.. Kaki kiri silang ke kaki kanan n tolak naik atas baru Fy rs sakit yg amat... Doc ...